Madina Cappucino

Dihasilkan daripada bahan-bahan yang halal dan bersih. Mengandungi gula, krimer dan kopi Arabica yang berkualiti tinggi. Formulasi yang dihasilkan adalah amat sesuai untuk seisi keluarga disamping memberi khasiat kepada penggemar minuman kopi. Idea terhasilnya produk ini adalah daripada kegilaan penggemar kopi terhadap kopi dari ‘Starbuck’ yang umum tahu kehalalannya diragui. Keenakan kopi ini dihasilkan dengan penuh ketelitian dan kajian supaya penggemar kopi hanya dapat menikmati kopi yang seakan-akan kopi berjenama antarabangsa.

KHASIAT KOPI ARABICA

Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health & Keio University, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida, membantu merawat kanser, sakit jantung, kencing manis dan strok.

Kopi dikatakan dapat membantu lebih banyak perkara daripada sekadar mengelakkan rasa mengantuk. Minuman ini juga diyakini dapat memberikan tenaga kepada sperma apabila ia diambil beberapa cawan dalam sehari. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Sao Puala, kopi akan meningkatkan daya pergerakan sperma yang akhirnya dapat meningkatkan potensi kehamilan pada pasangan. Minum kopi dapat membuat sperma “berenang” lebih cepat dan mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan oleh ilmuan Brazil pada pertemuan American Society for Reproductive Medicine di San Antonio, di mana topik perbincangan utama berkisar kepada kesan ubat-ubatan terhadap kesuburan kaum lelaki. Bagaimanapun, fungsi kopi ini akan terganggu jika lelaki tersebut merokok.

Go top