Madina Chocolate Malt

Coklat Malt Madina dihasilkan menggunakan bahan-bahan seperti serbuk koko, gula, serbuk susu skim, krimmer, ekstrak malt barley. Bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan yang halalan toyiban. Setiap bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan dijamin menepati kehendak selera pengguna yang inginkan rasa coklat yang sebenar, lazat dan berkhasiat.

Kebaikan Khasiat Koko

Mengikut kajian koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Hakikatnya ramai yang tidak mengetahui bahawa khasiat koko sebenarnya banyak menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Contohnya kandungan lemak dalam koko membolehkan minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat, theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain enak diminum sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Go top