Pengenalan Syarikat
www.madina.com.my

Pengenalan

MFI World Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Madina Food Industries merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 pada penghujung tahun 2012. Madina Food Industries adalah sebuah perniagaan berasaskan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menjalankan aktiviti memproses dan mengeluar produk serbuk minuman halalan toyyibban berasaskan kopi, coklat ,teh dan susu.

Pada awalnya MFI World Sdn Bhd memulakan perniagaan atas nama syarikat Madina Food Industries yang mana telah didaftarkan pada 10 Disember 2012. Atas perkembangan syarikat yang memberansangkan maka MFI World Sdn Bhd telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 2017.

  • Every day from 8:00 to 12:00
  • +49260-5731-08
Sejarah Penubuhan

Madina Food Industries

Sejarah penubuhan Madina Food Industries adalah kerana minat yang mendalam pengasasnya terhadap perniagaan ‘Food And Beverage’ yang semakin popular pada ketika itu iaitu pada tahun 2009. Madina Food Industries diusahakan secara pemilikan tunggal oleh Encik Muhammad Rizal Bin Osman. Beliau yang mempunyai latar belakang kejuruteraan elektronik dan mempunyai pengalaman kerjaya yang berbeza dengan bidang yang beliau ceburi sekarang ini. Kerana minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan, beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2007 secara sambilan dengan mendaftar peniagaan beliau dengan nama Rangkaian Iman, beliau mengusahakan pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan dan menjalankan aktiviti perniagaan dari rumah sahaja. Sehinggalah pada penghujung tahun 2009 beliau mula berminat untuk mengusahakan produk membekal dan memproses serbuk minuman berasaskan kopi dan coklat secara serius. Produk yang dipasarkan pada masa itu adalah serbuk minuman Coklat Malt. Pada mulanya perniagaan pembekalan serbuk minuman ini hanya tertumpu pada premis perniagaan yang menggunakan ‘mesin dispenser’ yang dibekalkan syarikat. Terdapat 8 premis perniagaan yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Menggunakan jenama My Flavor pada ketika itu permintaan terhadap minuman itu semakin meningkat sehingga tercadangnya serbuk minuman ini di bungkus dalam bentuk paket untuk dipasarkan yang mana boleh dibeli oleh pengguna pada bila-bila masa dengan membuat penjenamaan semula iaitu menggunakan jenama MADINA. Dengan peningkatan permintaan terhadap minuman coklat , kopi dan serbuk ais blended maka Madina Food Industries ditubuhkan untuk lebih fokus kepada satu bidang iaitu ‘food and beverage’ seterusnya berpindah ke premis yang lebih besar dan selesa bagi tujuan menghasilkan produk yang lebih berkualiti.

Free delivery every day at
your convenience

Proin rhoncus ligula eu tincidunt cursus. Vestibulum orci nulla, blandit vel convallis sit amet, dictum non nisl. Donec sit amet placerat arcu. Cras rhoncus nisl ac dui vehicula, vel dictum diam vestibulum.

  • Address:
    KM 14, JALAN KAKI BUKIT 02400, BESERI, PERLIS.
  • Phone:
    +6019 555 3460
  • Email:
    sale@madina.com.my
Go top